Isnin, 27 Julai 2009

mencari kekasih..





Satu-

Dia mula percaya, masa membiaskan semua rasa. Dan perasaan, harus ada yang terlupakan. Atau barangkali juga dia telah lama dilupakan, dari kotak fikir seorang lelaki. Atau barangkali juga kerana nasib, atau kehendak yang penuh tekanan atau perasaan yang penuh dendam..

Dia menyimpan mimpi, saban malam. Memiliki setiap inci batang tubuh lelaki itu. Menikmatinya sehingga ke letusan terakhir sebuah rasa. Maka dia seperti berharapkan satu keajaiban. Bagai melihat lelaki itu di hadapannya. Tersenyum. Dan itulah, itulah wajah yang dia rindui sekian lama...

Dia puas, meskipun berpalit dosa. Kepuasan yang mereka ulit bersama. Dalam ghairah yang dipacu di sebalik maruah yang diselindungkan dan terbela dari ruang percaya semua manusia...

Bukankah dunia ini pentas lakonan?..